Latar belakang dan rakaman Mikraj_Cinta

Sebelum pelancaran rasmi sebagai single, ia pertama kali dipersembahkan oleh Siti semasa pementasan teater Sirah Rasulullah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya.[4][5] Bagaimanapun, Hafiz Hamidun, komposer dan penulis lirik asal lagu ini, terlebih dahulu menyanyikannya pada 24 Mei 2014 untuk Konsert Mikraj Cinta sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada Siti untuk persembahan khasnya untuk Sirah Rasulullah.[6] Mikraj Cinta kemudiannya dirakamkan sebagai sebuah lagu pada 18 Mei 2015 di studio miliknya, Arteffects International. Diinspirasikan daripada peristiwa Israk dan Mikraj, seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan muzik Arab yang asli untuk lagu ini. [4]

Rujukan

WikiPedia: Mikraj_Cinta http://musicweekly.asia/charts/top-30-singles-char... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mesej-mik... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1139187 http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-sear... http://munsyeed.com/malay/2016/12/mikraj-cinta-lag... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/07/02/album-... http://www.vevo.com/watch/dato-siti-nurhaliza/mikr... http://www.bharian.com.my/node/63547 http://www.hotfm.com.my/kolaborasi-pertama-datuk-s...